Monday, April 2, 2018

TIPS mengerjakan umrah bersama baby

Last week masa aku tgh holiday kat Japan,
one of my friend msg tanya persediaan nak bawa baby/ anak kecik waktu umrah.

Thing that I regrets most masatu roaming internet line macam tak bagi kerjasama,
so aku macam tak dapat assist my friend sgt instead of suruh dia refer
kat entry pengalaman aku umrah bersama baby (almost 2 years ago)
Memang masak la nak scroll satu2 entry aku kat FB. huhuhu

Mujur masa dah balik Malaysia few days ago masih ada kesempatan
nak sharing info dengan my friend tu.
So I decided to copy & paste my experiences tu kat blog ni
(tak banyak pun info but I really hope boleh membantu sesiapa
yang betul2 berhajat)

& I doakan semoga urusan anda dipermudahkan oleh Allah SWT,

**Disclaimer, entry ni bukan untuk show off/ riak.
entry ni I dah taip kat FB hampir 2 tahun yang lalu & now I CNP kat sini
atas reason tak semua orang boleh access FB I & harap boleh membantu.
lets Allah SWT judge me not makcik/ pakcik bawang. HAHAHA!




Assalamualaikum 
Harini mama ayra nak sharing moments & little bit tips utk parents yg first time nak g umrah also bercadang nak bwk baby sama  (boleh refer caption pd setiap gambar)
Masa mula2 mama dgn abah ayra register utk g umrah, kami mmg dah niat nak bwk ayra sama. Mmg ada je molot2 yg men-down grade kan semangat kami utk bwk anak kecil pd mulanya, tp kami set nawaitu kami semuanya krn Allah. Kalo kita g shopping or g travel merata boleh je duk bersesak2 & berlumba2 nak bwk anak kita menikmati sama, ni kan pula kita nak g rumah Allah tanah haram tempat yg aura, energi dia super positif, tempat yg baik utk anak kita, tu yg kami rasakan kena grab peluang tu. Plg penting taubat & doa byk2 pd Allah pd Allah sblm berangkat ke sana, di samping mind set kita...kebergantungan kita hanya pd Allah, bergantung pd manusia hanya sia2, inshaAllah dipermudahkn walaupun kat sana nnt kita akn berjumpa dgn mcm2 karenah manusia drpd pelbagai negara.


Image may contain: 2 people, including Myfa Sport Amin Farah, closeup

Ni first time ayra travel naik flight, so mmg dlm hati mama ada sikit neves mulanya takut ayra x behave ke ape dlm flight nnt. Sekali Alhamdulillah semuanya OK & malah ayra enjoy je flight dia. Cewahh. Haha! Masa mula2 nombor seat kat boarding pass kami mmg x dpt duk sebelah menyebelah apetah lg bersama2. Pastu mama pun dh mula la dup dap sikit dlm hati sambil zikir + doa kat Allah semoga Allah bantu arrange mcm mana situasi terbaik dlm flight nnt. So kami pun naik la flight tu mcm biasa, follow seat yg mcm dlm boarding pass, then kami minta kat stewardess utk tukar seat sbb nak sama2 monitor baby, pastu Alhamdulillah semua OK. Tukar seat suka sama suka + cabin attendant dlm flight tu semua baik2 belaka, much helpful. Masa ni kami naik flight Saudi airlines. First time yg be like.. OK lepas ni boleh bawa Ayra travel naik flight lg..

Image may contain: one or more people, screen and indoor

Dlm flight pula, ayra tanpa dipelawa dh pandai2 explore sendiri screen yg kat depan seat dia utk tgk katun. Haha! Ekceli mama dh bwk siap2 tab yg penuh dgn cite katun, & segala mak nenek mainan dia kengkonon sbgai senjata utk comfort ayra drpd meragam. Sekali tu semua x pakai pun, kekal je dlm hand luggage kat atas kepala sbb ayra dh syok sgt tgk katun + main game kat screen tu, lg2 dpt pakai headset amboi kemain dia dh x peduli kiri kanan lg. Hehe! Lepas dia dh boring godeh2 screen tu, makan + minum pun dh, ayra pun tertido. Leganya masa dh sampai tu sbb ayra pun xde keletah ape dlm flight. Sedikit tips, perjalanan drpd kl - airport jeddah mkn masa almost 8 jam, so sblm naik flight tu mama dh salin diaper ayra siap2. Pastu bg dia pakai diaper yg boleh tahan lama sbb boleh je nak tukarkan baby diaper dlm flight cuma leceh sbb airbus toilet, water & changing space dia limited so mcm leceh la sikit. Better pakai diaper yg tahan sblm naik flight & lepas dh turun flight tu nnt baru tukar. Just my opinion..

Image may contain: 3 people

Waktu kat madinah & mekah, almost semua penduduk kat sana termasuk peniaga2 suka + syg kat budak2. Bila dorang nampak budak2 kecil dia akan peluk, ada yg cium tgn, ada yg doakan utk kesejahteraan budak tu, malah ada yg siap hadiahkan tamar or coklat kat budak2. See, nice kan dorang ni. Automatic kita yg ibu bapa pun akan rasa happy & terharu bila tgk org appreciate anak kita. Pastu bila dh happy tu, apa salahnya kita beli brg yg dia jual. Org berbudi kita berbahasa. Tp kalo kita xnk beli pun xpe dorang x marah pun. Cuma, ada part yg by chance kita akan jumpa dgn org yg bwk beg isi perfume or brg2 jualan yg lain paksa2 kita beli, kalo situasi nya dh melebih2 sgt, pls avoid je org mcm tu sbb kita kalo boleh xnk ada mslh dgn sape2 & mereka tu biasanya nk amik kesempatan kat kita, jual brg dgn harga mahal drpd biasa & so on. Tips plg penting time jln2 or beli brg kt sana sambil bwk budak, makesure jgn terlalu eksaited pilih brg sampai terlupa anak kita. Kat sana boleh je nak bwk anak dlm stroller cuma kdg2 org terlalu ramai sampai nak tolak stroller pun susah sbb berhimpit. Kalo guna babby carrier pun sgt membantu. Tp kami dukung ayra begilir2 je sbb ayra kena ikut mood dia nak dukung style mcm mana. Kalo tangan lenguh2 ke bertabahla jgn merungut n ikhlaskan je. Kan tu anak kita..

No automatic alt text available.

Waktu ziarah luar pula, equipment yg kami mst bwk dlm beg ayra ialah mask (most of the time keadaan kat sana berhabuk/ debu), cermin mata hitam, biskut or roti + botol susu yg dh dipenuhkan (sebagai bekalan alas perut ayra), diapers & permainan or tab (sebagai back up bila mana ayra dh penat or boring), tissue & wet tissue pun prepare je siap2 dlm beg ayra, just in case takda air or apa2 time nak lap baby..

Image may contain: 3 people, sunglasses, outdoor and closeup

Ni gambar sewaktu kami ziarah Jabal uhud. Oh ya, perjalanan drpd jeddah - madinah amik masa 6 jam manakala drpd jeddah - mekah amik masa dlm sejam lebih (dekat 2 jam). Perjalanan biasanya naik bas so kena prepare apa2 yg boleh back up mood baby sepanjang perjalanan tu mcm coklat ke biskut ke mainan ke dsb. Kita yg dewasa ni pun terasa letih perjalanan naik bas inikan pula baby 
Pastu..lg best kalo guna trick popok2 kan baby time dlm bas tu biar dia tido je sepanjang perjalanan. So kita & baby dua2 win - win. Hihi! Perjalanan naik bas biasanya driver akn singgah kat rnr, so nnt akan ada possibility kita tersempak/ bertembung dgn jemaah2 lain yg sama2 berhenti rehat kat rnr tu. Tempat mkn, surau/ tempat wuduk & toilet akn jd crowded. So ini semua kena mentally prepared. Masa ni jgk akn jumpa puak2 yg memotong barisan masuk toilet pdhl kita dh beratur lama, tu belum kira yg kita baru je masuk toilet org dari luar ketuk pintu mcm nak roboh soh kita keluar. OK tips dia, *ekceli mmg stress kalo kat Malaysia ni dh lama mama jelingkan(Haha!) Tp main point dia..kita jd tetamu Allah, tlg igtkan kat diri sendiri jaga hati jaga tingkah laku. Ni la masanya kita nak buang segala sifat x baik dlm diri kita & latih diri jd lebih baik. Cthnya masa tu mama nak salinkan diaper ayra + nak amik wuduk dlm toilet yg crowded x terkawal tu, org kat luar pula dh meroyan ketuk pintu mcm nak ajak gaduh padahal mama baru je masuk tu, baru je lock pintu. Sebenarnye dlm hati ni dh rasa mcm nak meletup tp cepat2 istigfar pastu cepat2 igt menda yg positif dlm hati remind kat diri sendiri yg kita sesama islam semua saudara, so maafkan jela saudara kita tu. Lgpun kan kita jarang2 dpt jumpa saudara yg ni (refer to org yg meroyan ketuk pintu tu), raya setahun sekali pun belum tentu dpt jumpa. Hahahah! Last2 buat x tahu je, salinkan diaper ayra + amik wuduk pastu keluar like innocent walaupun masa tu dia duk bebel marah2 dlm bahasa dia (x pasti drpd negara mana), mama senyum je. See, indah kan islam tu sbb ajar kita yg muslim ni semua saudara. Jgn menyakiti sesama kita. Tp kdg2 kita lupa semua tu sampaikan x boleh kena usik sikit rasa nak luku balik baru puas hati (mama ckp kat diri sendiri) :"-(

Image may contain: 3 people, including Myfa Sport Amin Farah and Farah Amin

Kat sana boleh jumpa burung merpati yg jinak2 & siap ada jual makanan burung utk kita feeds merpati tu. Part ni mmg best sbb budak2 mst suka (kami yg dah tua in pun eksaited. Hehe!). So anggap je ni waktu riadah/ rewards utk anak kita sbb dia behave or at least ada jgk la xtvt supaya dia x bosan selain ikut kita ulang alik ke masjid semata..

Image may contain: 1 person, closeup

Sewaktu kat masjid,mama pakaikan ayra beg yg siap dgn harness camni then tali utk pegang tu, mama sarung terus kat kaki supaya waktu mama solat, ayra tak boleh bergerak jauh2. Baby harness tu ada byk jual kat Malaysia, online pun byk, tp mama punya version harness ni mama beli pastu hantar jahit lekatkan kat beg, pastu jahit tangan lg utk pastikan kalo kita duk tarik2 camne pun menda tu x terbuka jahitan dia (for safety reasons)..

Image may contain: one or more people

Ni la xtvt ayra time ikut mama g masjid, mama dah prepare pelbagai jenis mainan utk dia supaya dia x boring duk lama + menghadap mainan yg sama je..

Image may contain: one or more people and outdoor

Ni gambar pemandangan pasar salah satu pasar kat madinah. Selalunya time perjalanan balik dprd masjid ke hotel (jalan kaki je) kita akan singgah pasar or kedai2 utk tapau makanan, or cuci mata or beli brg2 utk dibawa balik (souvenir).

Image may contain: one or more people

Makanan kat sana pun lebih kurang mcm kat Malaysia, ada nasi & lauk pauk cuma kat sana definisi pedas bg mereka ialah masam bg kita (kot. Haha!). Sbb kat sana ssh betul nak jumpa mknn yg betul2 pedas selera melayu. Kalo packaging dia tulis pedas, rasa dia masam, jgn la merungut makanan x sedap. Terima je sebagai lain tempat lain budaya lain rasa masakannya. Easy 
Sewaktu santai2 boleh je kita bwk anak makan ice cream. Kat sana berlambak kedai ice cream & rasanya pun sedap walaupun tekstur dia lebih lembut berbanding ice cream di Malaysia..

Image may contain: 1 person, baby and indoor


Sewaktu kat masjid, kita akan nampak ramai je ibu2 yg solat bawa anak kecil dia sekali. Cuma situasi dia setiap kali g masjid x sama, cthnya kdg2 kita duk dalam saf yg org sebelah kita mesra alam + suka budak2, kdg2 kita duk sebelah org yg kita + anak kita x boleh termasuk kawasan dia sikit pun, kdg2 kita duduk kat sblh org yg marah2 sbb kita bwk anak dlm masjid pdhl anak kita x ganggu dia & kita pasti anak kita tu kita dh bersihkan drpd najis. Dan mcm2 lg situasi. Pokok pangkalnya, dah alang2 kita kat masjid berdoa lah byk2 minta pd Allah mudahkn segala urusan kita utk beribadah. Kan hati org yg duduk sebelah kita, hati kita semua Allah yg pgg. Apa yg ssh bg kita, mudah bg Allah. Jd mintalah pd Allah 


Image may contain: 2 people, including Myfa Sport Amin Farah

Anak bertuah. Servis bertukar tangan, giliran abah pula dukung ayra sbb tangan mama dh lenguh. Hehe 
Tempat solat lelaki & wanita mmg diasingkan, tp boleh je g balik masjid saing2 suami isteri dgn cara setting siap2 lokasi utk berjumpa semula kat mana dsb..

Image may contain: 1 person

Masa ni betul2 kat depan kaabah. Kebetulan ada jemaah drpd mesir bwk anak duduk sebelah mama. Ayra tetiba jd peramah bg gula2 lolipop dia kat kawan tu. Hehe! Kat dalam masjidil haram mekah strictly no stroller allowed. Tp jgn panic sbb ada perhidmatan sewa wheelchair utk bawa anak kecil kita, gantikan stroller 
Sewaktu kami buat umrah, kami x dukung ayra sbb ayra still pakai diaper + nnt kena tawaf 14 pusingan pula (atas reason org yg didukung dpt pahala tawaf). So kami tawaf + saie sambil tolak ayra dlm wheelchair (gantikan stroller). Sambil tu kami bg dia pgg mainan & botol susu supaya dia x boring duk lama2 atas wheelchair tu. Santai2 je ayra menikmati susu sambil tgk org ramai buat umrah (tawaf + saie). Hihi 

Image may contain: 1 person, closeup
Ayra time dlm flight balik ke Malaysia drpd jeddah. Masa ni xde la eksaited godeh screen tu mcm flight bertolak pergi. Waktu balik, naik flight, ayra terus terlelap. Selain drpd equipment yg mama mention kat atas, ibu2 & bapa2 sekalian boleh je bekalkan anak kecik dgn preparation2 yg boleh comfort anak kita tu mcm bantal busuk dia, susu yg mencukupi (kat sana ada je farmasi jual susu), sweater (depends on weather), & apa2 yg make sense utk dibawa bersama baby sewaktu travel. Menda kita yg buat dia bkn dia buat kita. Easy

Image may contain: 8 people, including Norazilah Ahmad, Amran Sukiman, Myfa Sport Amin Farah and Farah Amin, indoor

Gambar kenangan sewaktu sampai kat KLIA. Sunburn tu perkara biasa, nnt2 elok la kulit tu. Hehe! Masa ni pakcik mama mengalir air mata dia sambut kami, katanya teringat saat dia ke tanah suci..rindu.. Jujur, kalo mama lum ke sana lg, tentu mama akan judge golongan yg ckp mcm tu riak. Tp salah sama sekali, lepas mama sendiri ada rezeki berpeluang jd tetamu Allah, mama dpt rasa apa shj yg mengingatkan kita pd tanah haram mmg sgt2 touching. Mmg sgt2 rindu.. rindu yg bkn dibuat2. Bila duk sorang2 & teringat pengalaman kat sana, mengalir air mata. Ssh nak describe perasaan tu. Mama gigih taip post ni panjang lebar bkn sbb riak tp ikhlas nak sebarkan vibes positif utk ibu2/ bapa2 yg niat nk bawa anak kerjakan umrah sama2 dgn kita..

3 comments:

sape gojes komen kat sini..